hati kacau
dengan penangan
perancangan manusia
yang cetek ilmu dan iman
lalu melambakkan peninggalan
yang telah dipertanggungjawabkan
dengan pemakaian topi
seorang suami
hati kacau
kerana tak menyangka
secetek itu ilmu dan iman
yang mengikis sifat malu manusia
menitip perlakuan yang terbenak dari hati haiwan
manusia
kau sangka kau bijak dan menang
dalam sandiwara dan tipu helah dunia
tapi dunia fana...
sampai bila kan kau ketawa dengan sandiwara?
Tuesday, August 30, 2005
Friday, August 26, 2005
mukjizat cinta
terkial seketika
mengenjak dan membetulkan
kedudukan sepasang telapak
mencari keselesaan dan keyakinan
berlapikkan asas
yang entah bagaimana
akan mantap dan tegap
penangan drama 11 tahun
seiring perjalanan si tanggang
sesal hanyalah pada hati-hati
yang menuruti lalu menangisi
curahan air pada daun keladi
setiap dusta yang terbongkar
memaksa langkah berpimpin hati luka
tapi kesudahan di setiap penghujung hari
terlapis satu kekuatan
ku kaut
lapisan demi lapisan
bersama titis percikan
menyegarkan pepohon layu
yang kian pulih menghijau
bagai mukjizat cinta
dan berkat doa
mengenjak dan membetulkan
kedudukan sepasang telapak
mencari keselesaan dan keyakinan
berlapikkan asas
yang entah bagaimana
akan mantap dan tegap
penangan drama 11 tahun
seiring perjalanan si tanggang
sesal hanyalah pada hati-hati
yang menuruti lalu menangisi
curahan air pada daun keladi
setiap dusta yang terbongkar
memaksa langkah berpimpin hati luka
tapi kesudahan di setiap penghujung hari
terlapis satu kekuatan
ku kaut
lapisan demi lapisan
bersama titis percikan
menyegarkan pepohon layu
yang kian pulih menghijau
bagai mukjizat cinta
dan berkat doa
Saturday, August 20, 2005
langkah
kusut semalam terlerai
dengan hela nafas panjang
lega dengan kesedaran
dari sebuah mimpi kehidupan
langkah ku menapak
dengan bekalan kekuatan
dari sepanjang usia ikatan
mengendong dan menggilap intan
yang rupanya kaca
ku semai kesetiaan
penuh ikhlas
atas nama cinta
sayang kau tabur dusta
aku tak leka
cuma menghayati ikatan
tanda setia
langkah ku menapak
dengan bekalan kekuatan
dari sepanjang usia ikatan
dan doa
yang pasti
kau hilang kesemuanya...
dengan hela nafas panjang
lega dengan kesedaran
dari sebuah mimpi kehidupan
langkah ku menapak
dengan bekalan kekuatan
dari sepanjang usia ikatan
mengendong dan menggilap intan
yang rupanya kaca
ku semai kesetiaan
penuh ikhlas
atas nama cinta
sayang kau tabur dusta
aku tak leka
cuma menghayati ikatan
tanda setia
langkah ku menapak
dengan bekalan kekuatan
dari sepanjang usia ikatan
dan doa
yang pasti
kau hilang kesemuanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)